Tuesday, February 23, 2010

Sedarkah anda....?

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar:"cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana nak jaga kasih sayang itu berkekalan?"

Cikgu: "ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil pandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ada ditanganya. Cikgu bertanya," cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih?. Pelajar menjawab," tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak tapi cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya xjumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING cantik tapi dah cikgu cakap xboleh menoleh belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik"

Cikgu: " ya itulah jawapannya. Maknanya apabila lita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaiknya. Jangan kita toleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu xberulang lagi dan ingatlah orang yang PALING kita sayang itulah yang PALING cantik dan PALING baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi...."

24/2/10, 3:30 a.m

2 comments:

  1. eemmmm...btul2...cinta pertama yg trbaik untuk kita....tp jodoh, ajl n maut kt tgn Allah so bnyk2 la brsabar ye awk...

    ReplyDelete
  2. hehehe....yup...awk npe xjd follower sy nie???

    ReplyDelete